Sunday, May 12, 2013

Cycling Diary - Tg Sepat 14/04/2013


Diari Kayuh Seorang Macik

Oleh kerana minda macik sbelum ni diasak kaw2 oleh kebimbangan, kerisauan & kefening lalat-an mengenai FM sulung macik sehingga tiada ruang untuk perkara lain, aktiviti kayuh macik pun telah melalui detik2 kegersangan yang teramat.  punya la lama tak kayuh macik sampai terasa gayat bila kerabat naek beskal macik yang telah pun mula menunjukkan tanda2 akan berkulat jika keadaan dibiarkan berlarutan.

Bila geng kayuh macik ngajak macik join diorang training ke morib, timbul pulak kebimbangan baru setelah sekian lama tidak beraksi  - eh, bole ker aku ngayuh lagi nih??!!  dek kerana dah mula terasa jugak la gatal2 bontot tapak kaki, macik mengambil keputusan untuk hantam saja la hehehehe.

Servis beskal sbelum kayuh @ Wheelsman Bicycle S13

Kayuhan bermula dari MBSA kota kemuning dan dari seawal pagi lagi dah ramai geng macik yang berkumpul disitu.   halfway there macik dah perasan macik terlupa nak bawak spec mata namun macik teruskan jugak sbb takut melambat2kan kengkawan kalau macik patah balik..... tapi nak jadikan cerita (dan bahan), macik bukan saja terlupa spec rupa2nya kasut pun macik terlupa!!!!!!!!

Terlupa kasut... hantam saja la labu he3

Yang lebih penting, helmet ada so kayuhan masih ON.  selepas smua dah bersedia dan doa selamat dibacakan kami pun memulakan la rombongan 'mcm2 ada' kami (tua, muda, besar, kecik, lelaki, pompuan, berdesup, menyiput, mtb, rb).

Rombongan MKCT & rakan2

Doa sbelum kayuhan

Barisan mak dara & anak2 dara

At the start macik dah mula cuak sebab awal2 lagi dah mula nak terasa bunga2 pancit-us,  namun after the first checkpoint enjin tua macik mula terasa panas dan kayuhan menjadi semakin lancar.  opkos macik tak terkejor depa yang berdesup desap di depan but at least i managed not to slide below 25km/h dijalan yang tidak berbukit dan berliku.

Pada awalnya kayuhan dijangka hanya ke morib namun cuaca yang terterusan marbeles menggalakkan geng macik untuk meneruskan perjalanan hingga ke tanjung sepat.  after all dah alang2, macik pun layan jela.   

The Pitstops 
- bila riders dah berkumpul ramai2 maka banyak la cerita dan ragamnya... yang hyper, yang santai, yang sihat, yang senak, yang mabuk, yang memulas, macam2.  maka demi menjaga kesejahteraan semua, banyak la pitstop dan regrouping yang diadakan.  keadaan sebegini is part and parcel of group cycling, unless of course objective kayuhan semata-mata training yg khusus utk sesuatu event. maka focus sememangnya tertumpu pada speed & timing.

Catching up with the latest news..

Regrouping

Episod Pancit.
- seperti biasa dimana ada kayuhan disitu la akan ada tayar2 yang pancit sesuka hati.  ini juga diantara sebab2 yang mengharuskan ciclista membawa bersama tube spare dan mini pump.  walaupun leceh namun ianya satu keperluaan unless you dont mind carrying ur bike to the nearest kedai beskal hehehehe.


Pancit sana..

Pancit sini..

Sessi makan2 plus sightseeing
- dah penat kayuh apa lagi, refuelling la pulak.  dan bila tenaga dah banyak digunakan maka banyak la perlu diganti hehehehe.  ni la yang macik katakan dulu, kalau macik running mesti tak lalu makan tapi kalau kayuh gerek lapo memanjang.  ni la yang macik risaukan ni...sah skarang macik dah semakin gomuks ish ish.

Makan time

Selepas selesai makan geng kayuh kami si ben & eddie telah mengheret memnbawa kami melawat kawasan terdekat sehingga la ke hujung jeti.  terperanjat gak la penduduk tempatan bila jeti yang sebegitu sempit di sesakkan dengan kehadiran musang2 dan rakan2 hehehe.

Macik sakura

Ann trying her hand at errrr, not sure what he3

Jetty Tanjung Sepat

Jamming up the jetty lol

Time to head for home
- dah pusing2 semahunya maka kena la bersedia utk pulang.  alhamdulillah cuaca baik masih bertahan dan dengan perut yang masih penuh, kami berkayuh balik ke kota kemuning, ada yang masih mampu berdesup desap namun ramai juga yang dah semakin seloow melooow.  alhamdulillah walaupun dengan adanya 2 support car yang terbaek di pasaran (kudos to zaman & pie) pengayuh2 tegar masih bertahan dan tiada yang kecundang naek support car.  and by 4.30pm everyone made it back to kota kemuning safe & sound.  All in all,  rombongan mkct & rakan2 ke tanjung sepat sgt berjaya :)

Headcount..

Long ride back

Nothing beats the airconditioning @ petronas

Kayuh macik kayuh


Finally back @ kota kemuning

Detail Kayuhan:


Total distance - 132km
Total Time - about 8 hours (termasuk checkpoints, breaks and kes2 tayar pancit sana sini)
Weather - cuaca yg redup dan breezy di sepanjang jalan.
Route - MBSA Kota Kemuning, Batu Laut, Tanjung Sepat and back
Rating - doable for santai riders if speed is not an issue.

2 comments:

Ordinary Superhero said...

Nak gelak boleh? Macamana kasut pun boleh tinggal? Ni mmg kes lama tak kayuh.

Justiffa said...

hehehehe tula kan...but its not only kes lama tak kayuh OS, ni kes macik dah semakin meningkat umur nih ;))